Kalau anda merancang untuk mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat ini,berikut adalah sedikit sebanyak panduan dan senarai semak panduan untuk majlis perkahwinan. Anda mesti terfikir apa barangan yang hendak diberi sebagai hantaran kepada pasangan anda,bukan? Kami kongsikan tips untuk anda jadikan panduan.
Mula mula sekali – Rancang jumlah hantaran yang hendak diberi, bincang dengan bakal pasangan anda, pilih dan beli bersama sama. Jangan sekali kali buat “surprise”. Yang penting sekali, pastikan belanjanya mengikut kemampuan dan citarasa individu.
Biasanya, bakal pengantin sudah pun memikirkan tema dan warna untuk majlis perkahwinan mereka. Satu warna di pihak lelaki dan satu warna di pihak perempuan. Kalau boleh, hantaran yang bakal diberi itu biarlah mengikut tema dan warna majlis perkahwinan tersebut. Foto dari Faridism Production Sdn Bhd
Elakkan dari membuat hantaran terlalu besar kerana susah untuk digubah. Kebanyakan tray bersaiz kecil dan sederhana dan perlu dihias supaya nampak menawan. Hantaran yang wajib adalah tepak sirih, cincin, mas kahwin dan duit hantaran. Nak buat sendiri boleh, Nak tempa pada orang pun boleh saja. Hantaran perlu tampak elegan, eksklusif dan mengikut tema majlis. Janganlah buat dulang hantaran tu nampak sarat hingga hilang cantiknya.
Bakal suami perlu memberi mas kahwin dan juga wang hantaran kepada bakal isterinya. Kini, selain wang tunai, ada keluarga pengantin yang meminta “dinar emas” atau “gold bar” sebagai mas kahwin atau duit hantaran yang lebih eksklusif dan mewah. Semuanya terpulang kepada kemampuan keluarga atau bakal pasangan tersebut.
Cincin emas dan bertatah batu akan disarungkan di jari sejurus lepas majlis pernikahan. Tetapi untuk majlis hantaran, sudah menjadi trend sejak dulu untuk pihak lelaki memberikan hadiah barang kemas seperti gelang,rantai, loket, “brooch” malah “syiling emas” untuk bakal isteri. Wah Chan memang ada koleksi yang sesuai untuk raja dan ratu sehari di semua cawangan di seluruh negara.
Dalam senarai barang hantaran perlulah ada set kelengkapan diri, contohnya pakaian, kasut, mekap, dan juga penjagaan diri. Contohnya, pihak lelaki beri sepasang baju, telekung, set kasut dan beg tangan, wangian berserta mekap, toiletry dan buah tangan lain untuk bakal isteri. Pastinya bakal isteri rasa dihargai dan istimewa dengan hantaran hantaran istimewa ini. Foto dari Ezuwan Ismail Foto dari Butik Suri Foto dari Nanasyazhenna
Manisan seperti kek, coklat, kuih muih, buah adalah antara buah tangan yang disertakan dalam senarai hantaran. Bukannya apa, set kelengkapan, mas kahwin dan hantaran tadi adalah untuk bakal pengantin, tetapi makanan adalah untuk ahli keluarga yang lain.Untuk menjadikannya lebih istimewa, manisan manisan seperti kek, coklat dan kuih muih boleh ditempah. Kek pula boleh ditempah mengikut bentuk yang bakal pasangannya suka. Foto dari Eyecandy2u.com
Selain mengikut adat turun temurun, ada juga pasangan pengantin hari ini membeli hantaran mengikut hobi bakal pasangannya. Contohnya, ada yang beli kereta sports, basikal, kamera dan tidak kurang juga ada yang memberikan rumah sebagai salah satu hantaran perkahwinannya. Bagaimanapun, pastikan barang hantaran wajib disediakan terlebih dahulu.
Walau apapun, janganlah berbelanja melebihi kemampuan atau sampai bergolok bergadai dan berhutang hanya kerana mahukan barang hantaran yang mewah dan nampak hebat di mata orang. Kami berharap panduan ini sedikit sebanyak boleh membantu pasangan tentang persediaan hantaran untuk hari istimewa mereka nanti.