Back to Listing

Perkahwinan Melayu Yang Halus, Berseni lagi Beradat

  1. Merisik – Adat Bermula

    Kalau ikut adat melayu sebenar, bila seorang lelaki atau ahli keluarganya berkenan dengan seorang gadis, mereka akan menghantar wakil untuk merisik. Cincin belah rotan biasanya disertakan sebagai cincin tanya untuk diberikan kepada si gadis. Keluarga perempuan akan minta tempoh 2-7 hari untuk mempertimbangkan lamaran pihak lelaki. Tempoh ini dinamakan adat bertangguh. Tujuannya adalah memberi masa kepada keluarga gadis untuk berbincang tentang latar belakang lelaki.

    wah-chan-photo.jpg

  2. Majlis menghantar Tanda bertunang

    Sekiranya pinangan diterima, pihak lelaki akan diminta untuk menghantar tanda kepada pihak perempuan. Hantar tanda akan dilakukan melalui upacara bertunang. Tanda mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja. Cincin akan disarungkan oleh ibu atau ibu saudara pengantin lelaki ke jari manis bakal pengantin perempuan. Dengan ini sahlah hubungannya sebagai tunangan kepada si lelaki.

  3. Adat langkah bendul

    Andainya si bakal pengantin perempuan mempunyai kakak yang belum berkahwin, hantaran turut diberikan kepada di kakak. Adat ini dinamakan adat langkah bendul.

  4. Majlis Bernikah

    Kedua bakal pengantin wajib melalui proses akad nikah, satu-satunya istiadat yang diperlukan oleh agama Islam & undang-undang untuk menghalalkan hubungan. Selepas nikah, kedua pengantin akan diraikan dengan majlis doa selamat dan kenduri yang cuma dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja. Hadiah iringan yang disebut sebagai hantaran diberi dalam jumlah ganjil.

  5. Majlis Berinai

    Majlis berinai di dalam masyarakat Melayu ada 3 peringkat berinai iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja.
    Kini, pemakaian inai menjadi pelengkap tata rias pengantin dan antara pengusaha yang menawarkan khidmat pakej majlis berinai termasuk melukis inai adalah “Nanasyazhenna”. Untuk bakal pengantin yang menggunakan khidmat berinai dengan syarikatnya, Nanasyazhenna menawarkan diskaun sebanyak 20% dari harga Pakej dengan kod promo WCNSJ920 khusus untuk pelanggan Wah Chan.

    nanasyazhenna.jpegFoto dari Nanasyazhenna

  6. Majlis Bersanding

    Kemuncak majlis perkahwinan orang melayu adalah Majlis Bersanding. Pada hari ini kedua pengantin digelar Raja dan Ratu Sehari. Pada hari ini, lazimnya kedua mempelai atau pengantin memakai pakaian tradisional lengkap dengan perhiasannya sekali. Ada juga pengantin lebih menyenangi busana moden.
    Pereka terkenal seperti Ezuwan Ismail khusus menyediakan busana tradisional dan moden untuk kedua pengantin ini. Malah, pelanggan Wah Chan boleh menggunakan kod promo WCEJ910 untuk menikmati diskaun 10% daripada pereka terkemuka ini.
    Butik Suri pula mengkhususkan penyediaan kasut untuk disarung oleh pengantin dan memberikan diskaun sebanyak 20% kepada pelanggan Wah Chan yang memberikan kod promo WCXSRBD19.

    ezuwan.jpgFoto dari Ezuwan Ismail

    suri.jpgFoto dari Butik Suri

  7. Adat Tepung Tawar

    Paluan kompang dan persembahan silat mengiringi pengantin ke pelamin. Sesudah duduk, kedua pengantin ini akan ditepung tawar dan direnjis oleh ahli keluarga. Adat ini merupakan simbolik penyucian diri kedua pengantin.
    Lazimnya juga, para pengantin mahu mengabadikan kenangan mereka dalam bentuk foto dan video. Faridism Productions Sdn Bhd merakam momen-momen indah untuk disimpan sebagai memori kedua pengantin nanti. Syarikat ini juga memberikan diskaun sebanyak 10% atas semua pakej khusus untuk pelanggan Wah Chan yang menunjukkan kod promo WCFPJ910.

    faridism.jpg
    Foto dari Faridism Productions Sdn Bhd

  8. Bunga Telur

    Hadiah bunga telur bagi yang masih berpegang kepada adat tradisional dan doorgift bagi yang lebih moden. Doorgift yang diberikan kepada para tetamu bergantung kepada bajet keluarga pengantin. Doorgift pula berbagai jenis – dari bunga rampai, kek sampailah ke bunga kering potpourri dan macam-macam lagi. Eyecandy2u.com menyediakan doorgift mengikut bajet pengantin. Diskaun 10% turut diberikan kepada pelanggan Wah Chan dengan kod promo WCECJ910. Bunga telur atau doorgift ini adalah sebagai tanda terima kasih keluarga pengantin atau tuan rumah kepada tetamu yang sudi meluangkan masa untuk meraikan majlis walimatul urus anak anak mereka.

    eyecandy.jpg
    Foto dari Eyecandy2u.com